Kampung ini juga dilengkapi dengan taman rekreasi yang menjadi tempat istirehat bagi penduduk kampung pada sebelah petang atau pada hujung minggu. Taman ini mempunyai jambatan gantung. Selain kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan, taman rekreasi ini juga mempunyai taman permainan kanak-kanak. Taman ini juga boleh beroperasi sebagai tempat beriadah, berkelah dan berkhemah.
Selain itu, taman yang dilengkapi dengan kolam ini sesuai dijadikan tempat pertandingan memancing dan pelbagai aktiviti sukaneka yang bersesuaian untuk program komuniti secara amnya.
