mcmc
Maklumat Komuniti

Stay At Home

 

Seperti mana yang semua sedia maklum, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada 28 April 2020 pada jumaat lepas. Ini adalah PKP Fasa yang ke-3 telah diperintahkan.
Oleh itu diingatkan sekali lagi kepada semua supaya:
1. Menjaga kebersihan diri dan etika batuk yang betul
2. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta memakai hand sanitizer
3. Sekiranya berada diluar sila pakai penutup mulut dan hidung
4. Teruskan dengan jarak sosial 1 meter dengan individu lain
5. Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut ketika tangan kotor
6. Sekiranya anda mempunyai simptom yang berkaitan segera mendapatkan rawatan di Klinik dan Hospital dan jarakkan diri dari keluarga dan orang lain
Sila pastikan langkah-langkah pencegahan di amalkan walau di mana anda berada. Teruskan DUDUK DI RUMAH untuk kebaikan bersama.