mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-2024-CELIK IT-MUHAMMAD HARIZ RIZQI BIN RIDZUAN

CELIK IT-MUHAMMAD HARIZ RIZQI BIN RIDZUAN

NamaMuhammad Hariz Rizqi bin Ridzuan
Umur11 Tahun
Ahli18 Mei 2024

Latar Belakang

Adik Rizqi merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 11 tahun, dan pengetahuannya dalam bidang ICT masih dalam peringkat awal dan belum meluas lagi. Adik Rizqi mula menikuti kelas e-pembelajaran dan ICT di NADI sejak bulan Mei 2024 yang lalu.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Sebelum melibatkan diri di NADI, adik Rizqi hanya pandai menggunakan aplikasi youtube dan permainan game di telefon pintar. Adik Rizqi juga banyak menghabiskan masa hanya menonton televisyen dan bermain di taman bersama rakan-rakan dan dia juga tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai teknologi ICT dalam kehidupan.

Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Selepas menyertai kelas ICT dan e-pembelajaran di NADI, adik Rizqi dapat mengetahui cara untuk menggunakan pc atau komputer. Selain itu, dia juga didehkan tentang aplikasi berkaitan ICT yang lain anataranya cara membuat poster menggunakan canva, menjawab kuiz online melalui QUIZZIZ dan Kahoot, penggunaan microsoft office terutamanya microsoft words,powerpoint dan excel. Adik Rizqi juga sering hadir ke NADI untuk menyertai kelas e-pembelajaran pada masa yang sama dapat menambahkan lagi ilmu pembelajaran.