mcmc
Kisah Kejayaan

Q3-2025-KEUSAHAWANAN 2-WAN MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN WAN ABDUL RAZAK

NamaWan Mohamad Khairuddin bin Wan Abdul Razak
Umur 28 Tahun
Ahli 10 Januari 2025

Latar Belakang

Khai merupakan seorang usahawan minyak wangi yang mempunyai jenama sendiri iaitu Granndy Perfume. Beliau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual perfume secara dalam talian dan di gerai fizikal. Berbekalkan minat dan kesungguhan dalam bidang wangian, beliau berjaya mengembangkan jenama sendiri serta menarik pelanggan melalui platform online dan jualan langsung.

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Sebelum menyertai kelas usahawan di NADI, Khai menghadapi cabaran dalam mengurus perniagaan secara teratur. Pengetahuan beliau tentang strategi pemasaran, pengurusan kewangan, dan penjenamaan masih terhad, menyebabkan pertumbuhan Granndy Perfume agak perlahan. Selain itu, beliau juga kurang pendedahan kepada teknik promosi yang berkesan di platform digital.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Selepas menyertai kelas usahawan di NADI, Khai mula menunjukkan perkembangan positif dalam pengurusan dan pemasaran perniagaannya. Beliau memperoleh pengetahuan baharu dalam strategi digital, pengurusan jenama, dan teknik jualan berkesan. Keaktifannya dalam program NADI turut membolehkan beliau terpilih menyertai Bootcamp NADI Keusahawanan Cohort 4 2025 Program Latihan Niaga NADI: LIVE & Laris di TikTok Shop yang diadakan di Kuala Lumpur.