| Nama | Anis Umairah binti Mohamed Azri |
| Umur | 16 Tahun |
| Ahli | 06 September 2013 |
Latar Belakang
Anis, 16 tahun, merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang sering hadir ke NADI untuk ulangkaji pembelajaran sekolah dan menggunakan kemudahan komputer untuk mengikuti kelas dalam talian serta menyertai pelbagai program pembelajaran yang diadakan di NADI.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum menyertai NADI, Anis menghadapi kekangan akses kepada kemudahan komputer dan internet di rumah, menyebabkan beliau sukar mengikuti kelas dalam talian dan membuat ulang kaji secara efektif. Kekurangan ini menjejaskan prestasi akademiknya dan mengurangkan peluang untuk mengembangkan kemahiran digital.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas penglibatannya di NADI, Anis menyertai kelas DILEA yang diadakan secara online iaitu kelas pembelajaran untuk pelajar sekolah menengah yang diajar oleh tenaga pengajar yang berkaliber. Dengan menyertai kelas ini Anis dapat meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran dengan lebih baik. Selain itu, Anis juga menyertai kelas-kelas kesedaran yang diadakan seperti Webinar Kempen Internet Selamat bagi melindungi data peribadi dan mengelak penipuan dalam talian serta banyak lagi. Kesungguhan ini membantu meningkatkan prestasi akademik dan kemahiran teknologi Anis, menjadikannya lebih yakin dan celik IT.



