KEUSAHAWANAN-SITI MERIAM BINTI JUSOH
Nama | Siti Meriam binti Jusoh |
Umur | 49 Tahun |
Ahli | 22 Mac 2025 |
Latar Belakang
Siti Meriam , berumur 49 tahun, merupakan seorang usahawan dropship produk kecantikan jenama Nurraysa. Beliau memulakan perniagaan secara dalam talian dari rumah tanpa modal besar, hanya menggunakan telefon dan media sosial untuk mempromosikan produk. Minatnya dalam bidang kecantikan serta usaha berterusan menjadikannya antara agen dropship yang aktif dan berjaya menarik ramai pelanggan
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum menyertai NADI, Siti Meriam hanya berniaga secara biasa tanpa ilmu perniagaan yang betul. Dia tidak tahu cara guna media sosial dengan berkesan, tak pandai urus pelanggan, dan tak gunakan kemudahan seperti e-dagang atau e-pembayaran. Perniagaannya perlahan dan kurang sambutan.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas menyertai NADI, Siti Meriam belajar tentang teknik pemasaran yang berkesan, cara mengurus perniagaan dengan lebih sistematik, dan menggunakan perkhidmatan pintar seperti e-dagang dan e-pembayaran melalui kelas-kelas usahawan yang diadakan di NADI antaranya menyertai webinar Perancangan Perniagaan dan Pengurusan Perniagaan oleh Tenaga Pengajar yang terlatih. Dengan ilmu yang diperoleh, perniagaannya berkembang pesat, jualan meningkat, dan beliau berjaya menarik lebih ramai pelanggan melalui platform dalam talian.


