KEUSAHAWANAN-NOR AINI BINTI PIENGE
Nama | Nor Aini binti Pienge |
Umur | 47 Tahun |
Ahli | 22 Mac 2025 |
Latar Belakang
Nor Aini , berumur 47 tahun, memulakan perkhidmatan masakan dan katering kecil-kecilan dari rumah. Berbekalkan minat dan kepakaran dalam memasak, beliau menerima tempahan untuk majlis kecil seperti kenduri, jamuan keluarga dan acara sekolah. Perniagaan ini dijalankan secara sambilan dan menjadi sumber pendapatan tambahan untuk keluarganya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum menyertai NADI, Nor Aini menjalankan perkhidmatan masakan dan katering secara kecil-kecilan dari rumah, hanya menerima tempahan daripada jiran dan kenalan terdekat. Perniagaannya tidak tersusun dan kurang promosi, menyebabkan tempahan tidak konsisten.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas di NADI, Nor Aini belajar teknik pemasaran, pengurusan kewangan dan cara mengurus tempahan secara lebih teratur dengan menyertai kelas webinar mengenai keusahwanan di NADI. Perniagaannya menjadi lebih tersusun, tempahan semakin meningkat, dan beliau berjaya menambah peralatan serta pekerja. Selain itu, beliau turut memanfaatkan media sosial seperti Facebook,Tik Tok dan Instagram untuk mempromosikan perkhidmatan kateringnya, yang berjaya menarik lebih ramai pelanggan dan meningkatkan pendapatan.



