mcmc
Maklumat Setempat

PERTANDINGAN TRADISI PELITA RAMADHAN 2014

KUALA TERENGGANU, 14 Julai , Kerajaan negeri Terengganu
meneruskan tradisi penganjuran Pertandingan Pelita Ramadan yang bakal diadakan
di Kampung Alur Limbat, Marang bermula esok sehingga 20 Julai ini.
Pengurus Promosi Tourism Terengganu Ahmad Fathil Abd Ghani berkata
pertandingan selama lima hari itu bakal menyaksikan lebih 15,000 pelita akan
dinyalakan pada pertandingan itu tahun ini.
Katanya 139 peserta telah mengesahkan penyertaan dalam pertandingan yang
julung kalinya diadakan di Kampung Alur Limbat yang sebelum ini diadakan di
kawasan Dewan Undangan Negeri Tepoh. “Setiap peserta yang mengambil bahagian dikenakan syarat minimum menyalakan 100 sumbu pelita dalam waktu pertandingan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata peserta juga boleh menyusun pelita mereka dalam bentuk menarik bagi menyerlahkan lagi pertandingan yang bertemakan Warisan Cahaya Budaya Bangsa.

 

Pertandingan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan

negeri itu juga bertujuan menghidupkan kembali tradisi memasang pelita pada
bulan puasa dan akan dijadikan sebagai program tahunan jawatankuasa itu.
Beliau berkata sehingga hari ini amalan memasang pelita ini masih berlaku
namun kemeriahannya kini semakin berkurangan ekoran beberapa faktor seperti
kemajuan teknologi neon. Selain itu ia juga bagi mencungkil bakat-bakat kreatif yang baru dalam mencipta sesuatu produk serta kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar
melalui penggunaan bahan kita semula. “Berdasarkan penganjuran lalu, kemeriahan pertandingan ini turut dikongsi oleh sebilangan besar pengunjung dari dalam dan luar negara, dan saya berharap program ini bakal menjadi salah satu produk pelancongan negeri yang bakal di perkenalkan pada masa akan datang,” katanya. Ahmad Fathil berkata pertandingan pada kali ini juga menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM12,000 di mana johan individu layak membawa pulang wang tunai RM2,500, naib juara (RM2,000), ketiga (RM1,500) dan tempat keempat RM800. TAHNIAH KEPADA PEMENANG.