Pusat Ekonomi Digital Kg Alur Limbat mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet Kg. Alur Limbat merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti di kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2, 36 pusat untuk Fasa Felda dan 110 pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
- Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan
- Memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet
- Meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PEDi .
Pusat Ekonomi Digital Kg Alur Limbat terletak di salah satu kampung di Daerah Marang, Terengganu. Lokasi PEDi tterletak betul-betul di tengah kampung dan ini memudahkan penduduk setempat datang ke PEDi. Kedudukan geografi Pusat Ekonomi Digital Kg Alur Limbat menepati keperluan penduduk kerana berada jauh dari bandar untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang sukar diperolehi di kampung. Pusat Ekonomi Digital Kg Alur Limbat dibuka pada :
SETIAP HARI bermula jam 9.00 Pagi Sehingga 6.00 Petang
dan Ditutup Pada Cuti Umum.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
- Latihan ICT (Information and Communications Technology) secara percuma kepada ahli berdaftar
- Perkhidmatan PEDi
- Printing
- Scanning
- Fotostat
- Laminate
- Binding
- Zon Internet tanpa wayar (Wifi zone)
PETUGAS PUSAT EKONOMI DIGITAL KG. ALUR LIMBAT
Pengurus : Rosnani Binti Mohd Lazim
Penolong Pengurus : Farah Shahirah binti Mohd Nooh