mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2022-KELAS PUZZLE ONLINE

Tarikh  : 06 September 2022
Masa   : 03.00 Petang- 04.00 Petang 
Tempat  : Pedi Kg Alur Limbat
Peserta  : 5

 

Tujuan

Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengawal tetikus pada masa yang sama dapat melatih minda peserta dalam menyelesaikan puzzle online yang diberi dengan medium arahan menggunakan bahasa inggeris. 

Aktiviti   

Mengarahkan peserta membuka laman web puzzle online. Seterusnya membuat tutorial kepada peserta berkenaan puzzle online bagi memudahkan pemahaman peserta dalam melakukan puzzle online. Peserta mendengar arahan petugas dengan baik sebelum memulakan permainan. Peserta amat gembira dapat bermain puzzle melalui online pada masa yang sama dapat meningkatkan pemahaman dalam bahasa inggeris.