mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MEI 2023-PROGRAM ADVOKASI KafeeTeen@PEDi

Tarikh  : 20 MEI 2023
Masa   : 09.00 Pagi- 12.00 T/Hari
Tempat  : Pedi Kg Alur Limbat
Peserta  : 20

 

Tujuan

Memberi penerangan dan hebahan kepada peserta tentang  Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada remaja di Malaysia.

Aktiviti 

Pegawai LPPKN memberi penerangan tentang pendidikan kesihatan dan sosial kepada remaja serta melatih dan asah minda peserta dengan menyertai game kahoot menjawab soalan kuiz berkenaan penerangan tentang pendidikan kesihatan dan sosial. Peserta amat gembira dan puas hati dengan penerangan tersebut dan peserta juga didedahkan tentang perkenalan di media sosial supaya lebih berhati-hati mengenali kawan baru. Penerangan advokasi tentang klik dengan bijak juga didedahkan kepada peserta oleh staff PEDi bagi sama-sama menjaga hak peribadi masing-masing supaya tidak jatuh pada tangan yang tidak diingini.