mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2016

PROMOSI PI1M DAERAH MARANG

TARIKH  3 MAC 2016
WAKTU 10.00 PG – 1.00 PTG
TEMPAT PI1M ALUR LIMBAT
PESERTA PARA PELAJAR LEPASAN SPM, PELAJAR SMKA DURIAN GULING DAN JUGA IBU BAPA

 

TUJUAN

Promosi Pi1M bertempat di SMKA Durian Guling adalah betujuan untuk menambah ahli berdaftar di Pi1M dan mempromosikan kelas komputer di Pi1M.

 

AKTIVITI

Sempena Majlis Pengumuman Keputusan SPM di SMKA Durian Guling pada hari ini, para petugas Pi1M berhampiran iaitu Pi1M Kg Alur Limbat, Pi1M Binjai Bongkok, Pi1M Binjai Rendah dan Pi1M Pengkalan Berangan mengambil kesempatan untuk menjalankan promosi bagi menarik ahli baru supaya mendaftar di Pi1M terdekat terutamanya para pelajar lepasan SPM. Para petugas mengajak para pelajar lepasan SPM dan juga para pelajar tingkatan 5 untuk menghadirkan diri ke Pi1M bagi tujuan belajar komputer di samping mendapatkan sijil pembelajaran komputer.