| Tarikh | 27 Januari 2026 |
| Masa | 9.30 am – 11.30 am |
| Tempat | NADI Kg Alur Limbat |
| Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam penyediaan moktail dan kopi secara profesional, di samping meningkatkan kreativiti, keyakinan diri serta membuka peluang ke arah keusahawanan dan kebolehpasaran dalam bidang makanan dan minuman.
Aktiviti
Aktiviti dijalankan secara kelas dalam talian (live) melalui Google Meet di NADI, di mana peserta akan mengikuti sesi pembelajaran secara langsung merangkumi penerangan teori, demonstrasi pembuatan moktail dan kopi, serta sesi soal jawab bersama tenaga pengajar. Sekaligus peserta membuat resepi tersebut bersama tenaga pengajar.







