mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2016

KELAS INTEL LEARN EASY STEPS & KELAS KEUSAHAWANAN

TARIKH  4 FEBRUARI 2016
WAKTU 2.30 PTG – 5.30 PTG
TEMPAT PI1M ALUR LIMBAT
PESERTA 6 ORANG

 

TUJUAN

Aktiviti ini bertujuan untukmemberikan pendedahan awal kepada para peserta mengenai cara-cara untuk membuat Pelan Pemasaran menggunakan Microsoft PowerPoint dan juga membuat Kad Perniagaan menggunakan Microsoft Publisher

 

AKTIVITI

Para pelajar diajar mereka Pembentangan Pelan Pemasaran untuk Idea Perniagaan menggunakan Microsoft PowerPoint. Pelan Pemasaran menentukan matlamat para pelajar untuk melakukan pemasaran, dan langkah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Semasa menentukan pelan pemasaran, mereka harus mempertimbang cara menyerlahkan ciri-ciri dan kelebihan produk atau perniagaan mereka, cara menyampaikan produk kepada pelanggan dan cara mempromosi dan mengiklan produk.