Tarikh | : 04 Disember 2021 |
Masa | : 03.00 PETANG-4.00 PETANG |
Tempat | : PIK Alur Limbat |
Peserta | : 3 |
Tujuan
Peserta sedang mencari bahan di laman web google bagi menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan oleh guru mereka.
Aktiviti
Peserta melayari laman carian google bagi mencari bahan-bahan yang sesuai bagi melengkapkan kerja kursus mereka. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara-cara yang betul mencari bahan dari google dengan merujuk bahan rujukan yang betul serta memilih gambar yang bersesuaian untuk dilampirkan bersama kerja kursus. Peserta amat gembira dan selesa kerana layanan yang baik diberikan oleh petugas serta dapat belajar ilmu baru tentang tips-tips pencarian maklumat yang betul di google.