Tarikh | : 02 April 2022 |
Masa | : 10.00 Pagi-3.00 Petang |
Tempat | :Pedi Kg Alur Limbat |
Peserta | : 10 |
Tujuan
Program gotong royong dan pertandingan quizizz RTB bersama pelajar unisza. Tujuan program ini adalah bagi meningkatkan semangat kerjasama dalam melakukan kerja berkumpulan pada masa yang sama dapat membentuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti saling bantu membantu dalam melakukan aktiviti gotong royong di sekitar pedi. Seterusnya pelajar juga menyertai pertandingan quizizz RTB bagi mengasah minda para pelajar pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran IT.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat dengan membahagikan tugas masing-masing dalam melakukan aktiviti gotong-royong di pedi. Seterusnya, pihak pedi juga mendedahkan serba sedikit tentang tujuan pedi ditubuhkan. Setelah selesai aktiviti gotong-royong peserta menyertai pertandingan quizizz RTB bagi mengasah minda para peserta pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran IT pada mereka. Pihak pedi juga memberikan cenderahati bagi peserta yang menyertai pertandingan tersebut. Mereka sangat gembira menyertai pertandingan tersebut serta layanan dari pihak pedi yang amat ramah.