KLIK DENGAN BIJAK & KRAFTANGAN BUNGA KERTAS CAWAN
TARIKH | 23 APRIL 2016 |
WAKTU | 11.30 PG – 12.30 T/HARI |
TEMPAT | PI1M ALUR LIMBAT |
PESERTA | 9 ORANG |
TUJUAN
Aktiviti Klik Dengan Bijak adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada para pelajar mengenai kepenggunaan internet yang berhemah. Aktiviti Kraftangan pula membantu para pelajar mencari idea menggunakan internet untuk membuat kraftangan dan hiasan. Selain itu, tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarikh keahlian baru di kalangan pelajar sekolah rendah kerana aktiviti ini hanya dibuka kepada ahli Pi1M sahaja.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan penerangan Klik Dengan Bijak oleh petugas Pi1M, peserta kemudian di beri peluang untuk menggunakan internet untuk melihat gambaran kraftangan yang boleh dihasilkan menggunakan kertas. Selepas itu, para peserta menghasilkan kraftangan tersebut dan kraftangan ditampal di dinding PI1M.