Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menggesa rakyat Malaysia supaya tampil melaporkan insiden atau kandungan berunsur 3R iaitu Race (Kaum), Religion (Agama) dan Royalty (Institusi DiRaja) di media sosial terus kepada suruhanjaya melalui aplikasi Whatsapp di talian 016 220 6262 atau e-mel kepada mediasosial@mcmc.gov.my.
Platform ini akan memudahkan proses bagi mempercepatkan tindakan penguatkuasaan diambil terhadap kandungan 3R dengan kerjasama pihak-pihak yang berkepentingan.
Rakyat Malaysia diminta mengambil tangkapan skrin (screenshot) dan pautan (URL) kepada kandungan yang tidak berhemah di media sosial dan hantar ke talian seperti tertera di atas. Bagi kandungan negatif yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp pula, sila mengambil tangkapan skrin berserta nombor telefon individu bagi tujuan aduan.
#COVID-19
#STAYATHOME