mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEUSAHAWANAN 2 (Q1) 2023 – MOHD FIRDAUS AHLAMI BIN ZAKARIAL

Nama  MOHD FIRDAUS AHLAMI BIN ZAKARIAL 
Umur   26 TAHUN
Ahli   27 JANUARI 2023

 

Latar belakang

Firdaus seorang peniaga roti canai dan juga pemilik produk tempoyak bilis buatan beliau dan isteri. Ketika ingin memulakan perniagaannya Firdaus amat gemar mendapat tunjuk ajar daripada PEDi. Beliau amat meminati perniagaan kerana beliau bercita-cita ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan objektif supaya beliau dapat memuaskan hati semua pelanggan yang berurusan dengan beliau. Seterusnya, beliau sering datang ke PEDi bagi mempelajari teknik-teknik keusahawanan yang betul. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program keusahawanan di PEDi beliau tidak mengetahui teknik-teknik untuk urusan perancangan perniagaan serta beberapa perkara yang terlibat dalam membangunkan perniagaan sebagai contoh cara melalui promosikan kedai,packaging barangan produk serta cara-cara menarik pelanggan ke kedainya serta menyukai produk makanan tempoyak bilis beliau. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai program keusahawanan beliau telah berjaya membuka kedai roti canai dan mengusahakan produk makanan iaitu tempoyak bilis yang mendapat permintaan ramai. Dengan mengikuti kelas usahawan beliau dan isteri dapat mengetahui cara-cara mempromosikan kedai dan produk dengan baik dengan adanya instagram,fb,tik tok sendiri.