mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEUSAHAWANAN 1 (Q1) 2023 – JULIANI BT JAAFAR

Nama   JULIANI BT JAAFAR
Umur   43 TAHUN
Ahli   08 Julai 2018

 

  

Latar belakang

Juliani seorang peniaga makanan frozen dan beliau juga menjual barangan kesihatan dan kosmetik wanita dan makanan frozen atau siap secara offline dan online.  Beliau menjual makanan frozen serta kuih muih dan menjual barangan kesihatan wanita dengan menghantar ke gerai-gerai berdekatan serta melakukan servis cod kepada pelanggannya. Juliani amat meminati perniagaan jualan makanan dan barangan kosmetik dan kesihatan wanita dan beliau amat berhasrat untuk melebarkan perniagaannya lebih meluas supaya lebih maju. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program atau kelas keusahawanan di PEDi beliau tidak terdedah kepada perniagaan online yang mempunyai banyak aspek pemasaran seperti beliau belum terdedah kepada konsep penjualan di Shopee,Yeszza di Tik Tok selain itu beliau juga tidak mengetahui tentang geran-geran perniagaann yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dengan itu beliau lebih bersemangat untuk menerokai tentang teknik keusahwanan ini di PEDi. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai program keusahawanan yang ada di PEDi beliau lebih terdedah kepada perniagaan online yang boleh meliputi banyak platform iaitu boleh menjual melalui platform tik tok,shopee,yessza dan sebagainya supaya penjualan barangan beliau menjadi lebih maju dan meluas. Selain itu beliau juga didedahkan dengan perbankan online yang dapat memudahkan urusan beliau dengan pelanggan. Oleh itu,beliau amat bersyukur kerana dapat belajar serba sedikit tentang keusahawanan dengan bantuan pihak PEDi.