KEDAI ROTI CANAI DIN

Keusahawanan | 14 July 2026

KEDAI ROTI CANAI DIN yang terletak di Kampung Alur Limbat merupakan antara lokasi sarapan pagi yang menjadi pilihan utama penduduk setempat. Kedai ini terkenal dengan hidangan roti canai yang lembut, rangup serta dihidangkan bersama kuah kari yang enak. Selain roti canai, pelbagai menu sarapan lain turut disediakan bagi memenuhi cita rasa pelanggan. Suasana kedai yang santai, mesra dan harga yang berpatutan menjadikannya tempat tumpuan penduduk kampung untuk menikmati sarapan bersama keluarga dan rakan-rakan pada setiap pagi. Kehadiran pelanggan yang konsisten menunjukkan Kedai Roti Canai Din bukan sahaja menjadi tempat menjamu selera, malah menjadi lokasi mengeratkan hubungan komuniti setempat.

Nama: Mohd Ihkamuddin Bin Ngah

Alamat: 92 Kampung Alor Limbat Bukit Payong, 21400 Marang Terengganu

Untuk Tempahan: https://wa.me/601129331527