MENIMBA IKAN DARAT
Penduduk Kampung Alur Limbat menghidupkan kembali aktiviti menangkap ikan secara tradisional iaitu menimba ikan di sebuah parit dekat sini. Acara menimba ikan sememangnya menjadi amalan penduduk kampung di sini termasuk yang tinggal berhampiran dan setiap kali musim kemarau mereka akan bergotong-royong menimba ikan darat di dalam kubang.