Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

MULTIMEDIA

June 22, 2021 @ 3:00 pm - 5:00 pm

Mendedahkan kepada komuniti tentang kepentingan penggunaan multimedia dalam melakukan sesuatu kerja harian terutamanya dalam menyelesaikan tugasan di institusi-institusi pendidikan dan juga penggunaan multimedia di tempat kerja atau di rumah amat meluas sekarang. 

Multimedia merupakan suatu konsep dan teknologi baru bidang teknologi informasi, di mana informasi dalam bentuk teks, gambar, suara, animasi, dan video disatukan dalam computer untuk di simpan, diproses dan disajikan baik secara liner mahupun interaktif.

CIRI PENTING PRODUK MULTIMEDIA

-Maklumat dipersembahkan melalui komputer di mana pengguna boleh melihat, mendengar, boleh bertindakbalas dan mengawal persembahan maklumat tersebut. Tanpa sifat ini, ia dikatakan bersifat Polymedia atau Mixed Media.

-Polymedia merupakan persembahan maklumat tanpa dikawal oleh sistem komputer. Tetapi ia terdiri daripada gabungan beberapa peralatan bantuan media seperti siaran TV, radio, buku teks dan sebagainya.

-Produk multimedia mestilah mempunyai hubungan (links). Ia membenarkan pengguna bergerak daripada satu antaramuka ke satu antaramuka yang lain pada bila-bila masa dengan dibantu oleh struktur dan dimensinya yang tersendiri. Tanpa sifat ini, ia lebih menyerupai persembahan maklumat di dalam sebuah buku.

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG DI KAUNTER PETUGAS

Details

  • Date: June 22, 2021
  • Time:
    3:00 pm - 5:00 pm
  • Event Category:

Venue