mcmc
Maklumat Pi1M

DIGITAL CREATIVE CONTENT CREATION COMPETITION 2017

“Imagineering The Aspirations of TN50”

Imagineering bagi tema festival DC3 Competition 2017 ini membawa maksud pelaksanaan dan persembahan rekacipta idea-idea imaginatif yang menjurus kepada penghasilan karya kandungan kreatif yang berinovatif, pragmatik dan praktikal. 

KONSEP PILIHAN UNTUK PERTANDINGAN

1. Sosiobudaya Masyarakat : karya kandungan yang memberi penekanan dan persoalan kepada aspek budaya, agama, hubungan kekeluargaan, pendidikan, kesihatan, alam sekitar, urbanisasi, teknologi, ekonomi, perpaduan serta identiti bangsa dan negara yang merupakan aspek-aspek penting bagi pembentukan peradaban berhubung dengan pelan TN50.

2. Sains dan Teknologi : Karya kandungan yang khusus memberi penekanan kepada peranan dan cabaran pengaruh kemajuan sains dan teknologi yang boleh membawa kesan positif atau negatif terhadap transformasi pemikiran dan gaya hidup rakyat Malaysia di masa akan datang.

Layari dc3awards.com untuk pendaftaran dan menghantar penyertaan.