mcmc
Kisah Kejayaan

(2019) KEUSAHAWANAN SUKU KE 3- NURUL INTAN ZIANA

NAMA  : NURUL INTAN ZIANA BINTI YUSOFF
UMUR : 32 Tahun 
EMAIL : ayamkepalintan@gmail.com 
AHLI : 8 JULAI 2017

 

LATAR BELAKANG

Nurul Intan Ziana atau dikenali kak long merupakan peniaga gerai yang menjual ayam kepal , nasi goring, mihun sup di belakang Sekolah Menengah Bukit Sawa, Marang, Terengganu.Selain itu, beliau juga menjual ayam kepal homemade frozen bersama sos thai. Intan merupakan ibu kepada 3 orang anak yang masih bersekolah dan suami beliau bekerja sebagai buruh. Beliau berasal dari perak dan berhijrah ke sini 7 tahun yang lalu. Demi menambah pendapatan suami memandangkan perbelanjaan masa kini yang agak tinggi beliau membuat ayam kepal home made ini.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Sebelum ini, jualan beliau hanya terikat pada hari bersekolah dan kepada pelajar sekolah sahaja. Selain itu, jika pada bulan puasa dan cuti sekolah beliau tidak berniaga bermakna tiada jualan yang di lakukan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Bagaimanapun, setelah menggunakan perkhidmatan PI beliau mencari peluang mempromosikan ayam kepal homemade serta pelbagai produk sampingan yang beliau boleh jadikan hasil jualan. Belajar ICT bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga serta memberi idea-idea segar untuk kepelbagaian dan peningkatan hasil jualan beliau.