mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM RANCANGAN MURID UNTUK PERPADUAN(RIMUP)

TARIKH   :  01 November 2018 
MASA : 8.30 PG – 1.30 PTG
LOKASI : SK Simpang Rawai
KATEGORI  : Komuniti & Pelajar Sekolah

 

TUJUAN 

Program Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program khas untuk mengeratkan perpaduan di kalangan murid yang berbilang bangsa, etnik, budaya, dan agama. Perpaduan adalah tunggak kekuatan dan kestabilan sesebuah negara dengan sebab ini kerajaan telah memberi peruntukan yang banyak bagi tujuan mewujudkan keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Untuk mancapai tujuan tersebut RIMUP telah diwujudkan untuk memupuk dan menyemaikan sikap bersatupadu dikalangan pelajar sejak mereka di bangku sekolah lagi. RIMUP ini adalah satu usaha yangberterusan bukan sahaja dalam program khas ini, tetapi juga diaplikasikan dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di dalam kelas. Program berkala ini telah berlangsung sejak 2004 lagi.

AKTIVITI 

Pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak sekolah antaranya pameran makanan tradisional dan permainan tradisional dan Pihak PI mengambil kesempatan untuk membuat promosi dan hebahan perkhidmatan di PI