Nama | : Ayuni Nabila Binti Azhar |
Umur | : 6 Tahun |
: Tiada |
|
Ahli | : 23 Januari 2015 |
LATAR BELAKANG
Adik ayuni adalah pelajar sekolah tadika kemas Kg. Alur Limbat. Setiap minggu adik ayuni mereka berkunjung ke Pi1M untuk membuat latihan komputer dan beliau adalah AHLI PI1M bermula dari awal persekolahanya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Pada zaman siber ini, pelajar sekolah macam adik ayuni ini amat mudah terdedah kepada penggunaan internet terutamanya dalam melayari internet untuk rujukan kerja sekolah atau latihan. Ini membuatkan para pelajar kurang peka dengan keadaan sekeliling, menghabiskan masa dengan sia-sia dan kurang tumpuan terhadap pembelajaran. Melihat kepada keadaan ini, Pi1M Kg Alur Limbat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas komputer kepada adik ayuni bagi mengasah bakatnya yang terpendam dari segi pemikiran kreatif beliau. Melalui kelas ini, adik ayuni diajar untuk menghasilkan lukisan, kad raya, mewarna, puzzle dan lain-lain. Hal ini membolehkan beliau tidak leka dengan perkara-perkara yang sia-sia di internet. Ini merupakan salah satu kejayaan bagi Pi1M Alur Limbat bagi mendidik adik ayuni dengan kempen Klik Dengan Bijak
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI
Ini membuktikan bahawa walaupun pada awalnya adik ayuni ini tidak mempunyai ilmu kemahiran dalam computer, dia boleh melakukannya dengan tekad dan azam yang beliau miliki. Diharap agar selepas menghadiri kelas Komputer ini, adik ayuni akan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajarinya.