TARIKH | : 16 Oktober 2018 |
MASA | : 8.30 PG – 1.30 PTG |
LOKASI | : Dataran PI Kg. Alur Limbat |
KATEGORI | : PD,TBK KEMAS & KOMUNITI ALUR LIMBAT |
TUJUAN
Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
AKTIVITI
Sambutan ini telah diadakan di dataran PI Kg Alur Limbat dan disertai oleh komuniti setempat dengan mengadakan beberapa aktiviti diantaranya :
- 1. Senam aerobik yang dibawakan oleh kanak-kanak tabika dengan lagu “Goyang dua Jari”
- 2. Bowling “nyiur “
- 3. Lontaran Kasih dewasa / kanak-kanak
- 4. Kuiz spontan
- 5. Pemeriksaan kesihatan ” My Health “
Bagaimanapun , program ini telah berjalan dengan lancar dan turut disediakan makan pagi serta tengahari .