mcmc
Laporan Aktiviti

PROGRAM ASYURA BERSAMA KOMUNITI

TARIKH   : 06 Oktober 2018 
MASA : 8.30 PG – 1.30 PTG
LOKASI : DATARAN DEWAN K-BESTARI ALUR LIMBAT
KATEGORI  : KRT & KOMUNITI ALUR LIMBAT

 

TUJUAN

Program gotong royong memasak bubur asyura sudah menjadi program tradisi yang dilakukan setiap tahun oleh komuniti Kg. Alur Limbat

AKTIVITI

Gotong royong bermula seawal pagi dengan tenaga kerja dan muafakat antara komuniti . Malahan Program ini lebih meriah dengan kehadiran ADUN Alur Limbat , YB Ustaz Ariffin bin Deraman ( dalam gambar baju merah dan berkopiah sedang mengacau bubur asyura ) . YB turut menyatakan rasa seronok serta berterima kasih diatas jemputan komuniti di program yang dianjurkan malahan YB turut memuji sikap kerjasama dan muafakat diantara komuniti yang tidak mengira pegangan politik mereka.