KELAS INTEL LEARN EASY STEPS & KELAS KEUSAHAWANAN
TARIKH | 4 FEBRUARI 2016 |
WAKTU | 2.30 PTG – 5.30 PTG |
TEMPAT | PI1M ALUR LIMBAT |
PESERTA | 6 ORANG |
TUJUAN
Aktiviti ini bertujuan untukmemberikan pendedahan awal kepada para peserta mengenai cara-cara untuk membuat Pelan Pemasaran menggunakan Microsoft PowerPoint dan juga membuat Kad Perniagaan menggunakan Microsoft Publisher
AKTIVITI
Para pelajar diajar mereka Pembentangan Pelan Pemasaran untuk Idea Perniagaan menggunakan Microsoft PowerPoint. Pelan Pemasaran menentukan matlamat para pelajar untuk melakukan pemasaran, dan langkah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Semasa menentukan pelan pemasaran, mereka harus mempertimbang cara menyerlahkan ciri-ciri dan kelebihan produk atau perniagaan mereka, cara menyampaikan produk kepada pelanggan dan cara mempromosi dan mengiklan produk.