| Nama | Zurina binti Muda |
| Umur | 47 Tahun |
| Ahli | 15 Oktober 2024 |
Latar Belakang
Puan Zurina merupakan seorang penjual roti dan pastri. Beliau memulakan perniagaan roti dan pastri secara kecil-kecilan dari rumah dan membuka gerai di tapak pasar malam. Dengan minat yang mendalam dalam seni pembuatan roti dan pastri beliau mula menghasilkan pelbagai variasi roti dan pastri.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum menyerta NADI, beliau menghadapi beberapa kekangan dalam mengembangkan perniagaan roti dan pastrinya. Beliau berdepan dengan kesukaran mengurus kewangan secara teratur, kekurangan pengetahuan dalam strategi pemasaran, serta sukar memperluas pasaran di luar kawasan setempat. Selain itu, idea produk yang terhad menyebabkan pertumbuhan perniagaan terbantut.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas penglibatannya di NADI, beliau dapat memudahkan perjalanan perniagaannya. Dengan menyertai kelas Mahir Masak dan kelas Keusahawanan di bawah NADI, serta mengikuti webinar keusahawanan, beliau berjaya menambah ilmu dalam pengurusan perniagaan, strategi pemasaran, serta teknik penghasilan roti dan pastri yang lebih pelbagai dan berkualiti. Selain itu, beliau dapat memperkenalkan resepi-resepi baharu kepada pelanggan.




