KEUSAHAWANAN-MAS ROHA BINTI MOHAMMAD
Nama | Mas Roha binti Mohammad |
Umur | 52 Tahun |
Ahli | 15 Jun 2023 |
Latar Belakang
Mas Roha, seorang usahawan berusia 52 tahun, menjalankan perniagaan baja organik sejak tiga tahun lalu. Beliau mula menjadi dropship menjual produk bajanas. Melihat permintaan yang tinggi terhadap produk mesra alam, beliau mengambil keputusan untuk memasarkannya di sekitar kedai dan pasar-pasar selain daripada menjual dari rumah ke rumah.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum menyertai kelas tentang keusahawanan di (NADI), beliau hanya menjual baja organik dalam skala kecil di pasar tani dan kepada jiran terdekat tanpa pengetahuan pemasaran atau strategi perniagaan yang betul. Perniagaannya tidak berkembang dan hasil jualan tidak menentu.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas di NADI, beliau mula mengurus perniagaan dengan lebih sistematik, belajar teknik pemasaran online, melalui tiktok, whatsapp business, facebook dan berjaya menembusi pasaran lebih luas. Jualannya meningkat dan jenama bajanya kini dikenali di peringkat daerah.


