CELIK IT-AINA NASUHA BINTI ZUL@ZUNAIDI
Nama | Aina Nasuha binti Zul@Zunaidi |
Umur | 10 Tahun |
Ahli | 10 Disember 2019 |
Latar Belakang
Adik Aina merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang berusia 10 tahun, dan pengetahuannya dalam bidang ICT masih dalam peringkat awal dan belum meluas lagi. Aina mula menikuti kelas e-pembelajaran,bengkel stem dan kelas ICT di NADI sejak bulan JULAI 2024 yang lalu.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum melibatkan diri di NADI, aina hanya biasa menggunakan aplikasi youtube dan permainan game di telefon pintar. Aina juga banyak menghabiskan masa hanya menonton televisyen dan bermain di taman bersama rakan-rakan dan dia juga tidak mempunyai pengetahuan yang luas mengenai teknologi ICT dalam kehidupan.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas menyertai pelbagai kelas ICT yang diadakan di NADI, Aina dapat mengetahui cara untuk menggunakan pc atau komputer dengan lebih baik. Selain itu, dia juga fasih tentang aplikasi berkaitan ICT yang lain antaranya cara membuat poster menggunakan canva, menjawab kuiz online melalui QUIZZIZ dan Aina juga suka untuk menyertai bengkel tiny techies untuk mengetahui dan belajar tentang pengaturcaraan robotik dan mikrobit.

