KEUSAHAWANAN-AINATUL MARDHIAH BINTI MUSA
Nama | Ainatul Mardhiah binti Musa |
Umur | 34 Tahun |
Ahli | 01 Ogos 2024 |
Latar Belakang
Ainatul Mardhiah berusia 34 tahun seorang dropship barangan sentiasa mencuba untuk menjual pelbagai produk dan barangan jualan. Beliau suka mencuba sesuatu yang baru walaupun beliau seorang suri rumahtangga sepenuh masa. Beliau mula mengikuti NADI ketika beliau mengikuti program keusahawanan di NADI.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Sebelum penglibatan di NADI beliau hanya tahu mempromosikan barangan jualan di status whatsapp dan facebook sahaja dan kurang mengenali aplikasi media sosial yang lain. Beliau kurang mempunyai pengetahuan asas mengenai selok belok dalam perniagaan juga.
Selebas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Selepas menyertai kelas keusahawanan di NADI banyak ilmu dan tunjuk ajar yang diperolehi oleh beliau antaranya, cara menjual di platform e-dagang contohnya shopee,lazada,tiktok dan sebagainya. Pada masa yang sama, beliau dapat mengetahui cara dan kemahiran yang perlu ada untuk melariskan jualan di tiktok , facebook dan shopee tentang cara membuat live ketika menjual dan banyak lagi ilmu-ilmu yang berguna untuk beliau. Akhir sekali, beliau amat bersyukur dengan adanya tempat seperti NADI ini yang dapat membantu seorang dropship kecil-kecilan seperti beliau dan beliau juga berhasrat untuk mempunyai bisnes sendiri dengan dorongan dari NADI.


