Nama : Nur Ain Syellyna Binti Azmi
Umur : 18 Tahun
Tahun Ahli : 30 Oktober 2016
Latar belakang
Syellyna merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Berangan dan beliau mula mengunjungi NADI bagi menyiapkan
tugasan kerja sekolah. Beliau sangat berminat dalam mengikuti kelas dalam berkaitan ICT, dan beliau sering memulakan latihan ICT dengan
menggunakan medium microsoft word bagi menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Syellyna kurang mahir dalam penggunaan komputer dan sistem-sistem yang lain. Tetapi beliau amat gigih untuk mempelajari modul ICT
di NADI dan turut menghadiri setiap kelas ICT bila diadakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mengikuti kelas di NADI Syellyna sudah mengetahui tentang modul-modul ICT, antaranya cara membuka akaun gmail, pengguanaan canva,
AI, microsoft office dan sebagainya. Dengan mempelajari ilmu tersebut beliau akan lebih mudah untuk melakukan tugasan pada peringkat pengajian
tinggi nanti. Beliau sering menyertai kelas-kelas ICT yang diadakan di NADI bagi mempelajarinya dengan lebih baik.