Nama : Aisha Humaira bt Zul @ Zunaidi
Umur : 15 Tahun
Tahun Ahli : 19 Ogos 2013
Latar belakang
Aisha merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa dan mula mengunjungi PEDi bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer lebih-lebih lagi bagi memudahkan beliau melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau sangat bersungguh dalam usaha untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dalam ilmu ICT ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Aisha kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di PEDi, beliau semakin handal dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat ICT. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.