mcmc
Kisah Kejayaan

(2020) KEUSAHAWANAN SUKU KE 4 – SAIDATUL AKMAL BINTI ZULKIFLI

NAMA                                              : SAIDATUL AKMAL BINTI ZULKIFLI

UMUR                                              : 38 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI PI1M        : 24 / 07 / 2020

EMAIL                                             : Saidatulakmal82@gmail.com

 

LATAR BELAKANG

Puan Noor Saidatul Akmal bt Zulkifli atau lebih dikenali dengan panggilan Akmal merupakan seorang surimah yang mempunyai 4 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Suami beliau merupakan seorang buruh yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Oleh yang demikian , Puan Akmal bertekad untuk melakukan sesuatu untuk membantu menambah pendapatan suami di samping beliau terikat dengan pelbagai tugasan kerja-kerja di rumah serta menjaga anak-anak di rumah.

 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Pada awalnya , Puan Akmal membuat pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM ) sebagai modal untuk membeli stok pelbagai barangan kesihatan dan kosmetik dan menjual barangan tersebut kepada jiran-jiran terdekat juga saudara mara. Namun demikian, jualan beliau tidak seperti yang diharapkan kerana kurang promosi sedangkan pinjaman yang dilakukan perlukan pembayaran pada setiap minggu.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PI

Setelah diperkenalkan dengan pusat internet , Puan Akmal mula mendapat perancangan serta plan perniagaan yang lebih teratur serta dapat memperluaskan perniagaan kecil beliau. Walaupun tiada premis , beliau mampu bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang juga turut menjual barangan yang sama. Puan Akmal mula mengikuti kelas-kelas latihan yang di adakan di Pusat Internet untuk mempelajari lagi ilmu keusahawanan.