mcmc
Kisah Kejayaan

2022(KISAH KEUSAHAWANAN 2) SUKU 4- MELATI BINTI SHAFIE

Nama   MELATI BINTI SHAFIE
Umur   32 TAHUN
Ahli   20 OGOS 2022 

 

Latar belakang

Melati seorang peniaga online ataupun dropship. Beliau menjual produk makanan kesihatan iaitu produk buah atau sayur kering iaitu ovochi dan juga menjual biskut protein bar yang baik untuk kesihatan. Beliau amat berminat dalam dunia perniagaan dengan minat yang ada beliau berhasrat ingin melebarkan lagi sayap jualannya dengan menyertai kelas keusahawana di PEDi. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program atau kelas keusahawanan di PEDi beliau tidak terdedah kepada perniagaan online yang mempunyai banyak aspek pemasaran seperti beliau belum terdedah kepada konsep penjualan di Shopee,Yeszza di Tik Tok selain itu beliau juga tidak mengetahui tentang geran-geran perniagaann yang ditawarkan oleh pihak kerajaan dengan itu beliau lebih bersemangat untuk menerokai tentang teknik keusahwanan ini di PEDi. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai program keusahawanan yang ada di PEDi beliau lebih terdedah kepada perniagaan online yang boleh meliputi banyak platform iaitu boleh menjual melalui platform tik tok,shopee,yessza dan sebagainya supaya penjualan barangan beliau menjadi lebih maju dan meluas. Selain itu beliau juga didedahkan dengan perbankan online yang dapat memudahkan urusan beliau dengan pelanggan. Oleh itu,beliau amat bersyukur kerana dapat belajar serba sedikit tentang keusahawanan dengan bantuan pihak PEDi.