Nama | NORALIZA BT MUSTAFA |
Umur | 33 TAHUN |
Ahli | 29 OGOS 2019 |
Latar belakang
Liza seorang ibu kepada 2 orang anak,beliau seorang yang amat gemar dalam dunia perniagaan. Beliau meniaga produk kesihatan wanita serta produk makanan seperti kuih apit-apit dan kek coklat. Di atas minat yang tinggi dalam dunia perniagaan liza bertekad untuk belajar tentang ilmu perniagaan dengan lebih mendalam dengan menyertai pelbagai program keusahawanan serta program lain di pusat internet.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Sebelum menyertai program keusahawanan di pedi beliau hanya mengetahui promosi barangan melalui media sosial sahaja dan tidak terdedah kepada platform yang lebih baik dalam menjual barangan online iaitu melalui shopee serta lazada dan juga yeszza diantara platform yang menarik minat liza dalam mempromosikan barangan jualan beliau yang pelbagai aneka.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PEDI
Selepas menyertai latihan keusahawanan yang diadakan di PEDI beliau dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan asas mengenai perniagaan sama ada secara langsung dan tak langsung dengan mempunyai akaun perniagaan melalui shopee,yeszza serta perniagaan melalui telegram dan instagram beliau amat berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan oleh pihak petugas PEDI kerana dapat memudahkan urusan beliau dalam mentadbir perniagaan dengan lebih baik.