mcmc
Kisah Kejayaan

2022(KISAH KEUSAHAWANAN 2) SUKU 2- NURUL AISHATUL ALIA BT ANUAL

Nama   NURUL AISHATUL ALIA BINTI ANUAL
Umur   20 Tahun
Ahli  25 Jun 2013

  

Latar belakang

Aisyah seorang suri rumah tangga yang mempunyai kursus dalam bidang kecantikan gigi.Aisyah seorang yang amat berminat dalam urusan perniagaan secara online mahupun offline.Oleh itu,beliau bertekad untuk menggunakan kemahiran yang beliau ada dalam membuka perniagaan kecantikan gigi iaitu pemasangan pendakap gigi dari rumah ke rumah.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program urusan perniagaan bersama pihak PEDi beliau tidak mengetahui secara meluas mengenai urusan perniagaan secara online yang dapat meluaskan lagi platform perniagaannya secara cepat.Beliau juga tidak mempunyai akaun media sosial yang lebih baik bagi memperkenalkan perniagaannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas penglibatan bersama pihak PEDi beliau amat bersyukur kerana dapat mengetahui teknik yang betul dalam memperkenalkan perniagaannya.Beliau juga mempunyai pelbagai platform bagi memperkenalkan perniagaan pendakap giginya iaitu melalui media sosial seperti facebook beliau telah mempunyai page facebook sendiri,pada masa yang sama pihak PEDi juga mengajar beliau mengenai intagram,yeszza,shopee dan lain-lain bagi menambahkan teknik dalam memperluaskan perniagaannya.Oleh itu,beliau amat bersyukur dapat mempelajari ilmu perniagaan yang betul di PEDi dengan layanan staf yang sangat bertolak-ansur.