mcmc
Kisah Kejayaan

2022(KISAH KEUSAHAWANAN 1) SUKU 2- MIMI ROHAIZAN BINTI MAT RAHIM

Nama   Mimi Rohaizan binti Mat Rahim
Umur   42 Tahun
Ahli  28 Januari 2022

                        

Latar belakang

Mimi seorang ibu kepada 3 orang anak,beliau seorang yang amat gemar dalam dunia perniagaan. Sebelum menjadi usahawan yang mempunyai kedai sendiri beliau hanya berniaga melalui online sahaja iaitu beliau hanya memprmosi barangan melalui status whatsapp,group media sosial seperti facebook,whatsapp dan instagram serta beliau menjual dari rumah ke rumah. Di atas minat yang tinggi dalam dunia perniagaan mimi bertekad untuk belajar tentang ilmu perniagaan dengan lebih mendalam dengan menyertai pelbagai program keusahawanan serta program lain di pusat internet.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum menyertai program keusahawanan di pedi beliau hanya mengetahui promosi barangan melalui media sosial sahaja dan tidak terdedah kepada platform yang lebih baik dalam menjual barangan online iaitu melalui shopee serta lazada dan juga yeszza diantara platform yang menarik minat mimi dalam mempromosikan barangan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai latihan keusahawanan yang diadakan di PEDI beliau dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan asas mengenai perniagaan sama ada secara langsung dan tak langsung dengan mempunyai akaun perniagaan melalui shopee,yeszza serta perniagaan melalui telegram dan instagram beliau amat berpuas hati dengan ilmu yang disampaikan oleh pihak petugas PEDI kerana dapat memudahkan urusan beliau dalam mentadbir perniagaan dengan lebih baik.