mcmc
Kisah Kejayaan

2022(KISAH KEUSAHAWANAN 1) SUKU 1-NUR NABILA RAZWIN BINTI ASRI

Nama   Nur Nabila Razwin binti Asri
Umur   26 Tahun
Ahli  18 NOVEMBER 2021

                                                   

LATAR BELAKANG

Beliau seorang suri rumah sepenuh masa dengan sibuk menguruskan urusan harian sekeluarga. Pada masa yang sama beliau amat berminat dalam penjualan barangan kosmetik,tudung,dan barangan lain-lain secara atas talian. Beliau hanya menjual barangan melalui status whatsapp dan facebook sahaja dan beliau amat berminat untuk mengetahui platfrom-platform jualan online yang lain lagi bagi meluaskan penjualan bisnes online.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Sebelum terlibat dengan Pedi beliau hanya mengetahui penjualan atas talian hanya melalui facebook,status whatsapp dan penyebaran tentang produk jualannya hanya melalui rakan-rakan. Beliau tidak berputus asa untuk meningkatkan lagi proses jualan beliau melalui platform yang lebih baik,selamat dan mesra pelanggan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PEDI

Selepas menyertai program keusahawanan di PEDI beliau telah mempelajari tentang penjualan atas talian iaitu penggunaan e-dagang shopee dan yeszza. Beliau juga amat aktif melalukan jualan melalui shopee dan menapat permintaan yang luar biasa dari pelanggan dengan memasuki kelas usahawan online di PEDI. Dengan itu,beliau amat gembira kerana dapat melakukan urusan perniagaan dengan lebih meluas.