mcmc
Kisah Kejayaan

(2022) CELIK IT SUKU KE – 2 (MUHAMMAD ARIFF ASHWAD BIN ATAN)

Nama : Muhammad Ariff Ashwad bin Atan

Umur : 14 Tahun

Tahun Ahli :  18 Jun 2015

Latar belakang

Ariff merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah di SMK Bukit Sawa  dan mula mengunjungi PEDi bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer lebih-lebih lagi bagi memudahkan beliau melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau sangat bersungguh dalam usaha untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dalam ilmu ICT ini. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ariff kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan mengikuti kelas latihan Microsoft Office yang dijalankan di PEDi, beliau semakin handal dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat ICT. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.