mcmc
Kisah Kejayaan

(2022) CELIK IT SUKU KE – 1 (MUHAMMAD AL-ARIF NAZIEMUDDIN BIN MOHD ASMADI)

Nama : MUHAMMAD AL-ARIF NAZIEMUDDIN BIN MOHD ASMADI

Umur : 10 Tahun

Tahun Ahli :  4 Januari 2018

 

                                 

Latar belakang

Nazim merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah di Sk Simpang Rawai  dan mula mengunjungi Pusat Internet bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer lebih-lebih lagi bagi memudahkan beliau melakukan tugasan yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kaedah ICT. Beliau sangat bersungguh dalam usaha untuk mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas dalam ilmu ICT ini. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Nazim kurang mahir dalam menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dengan mengikuti kelas latihan Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet, beliau semakin handal dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat ICT. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.