mcmc
Kisah Kejayaan

2021(KEUSAHAWANAN SUKU KE-4)-MISS NOORESUN BT JEKDA-OH

Nama  MISS NOORESUN BINTI JEKDA-OH 
Umur  37 Tahun
Ahli  18 NOVEMBER 2021

 

                                        

LATAR BELAKANG

Beliau seorang suri rumah sepenuh masa yang menjalankan rutin harian menguruskan keluarga. Pada masa yang sama beliau juga seorang yang gemarkan masakan beliau amat suka membuat makanan bermula hanya untuk memenuhkan masa lapang dengan membuat ayam kepal dan cheeseball hanya untuk makanan anak-anak di rumah. Tetapi tidak di sangka pula ramai yang berminat apabila selalu menghidangkan makanan kepada tetamu dan beliau mendapat ramai sokongan untuk membuka tempahan bagi ayam kepal dan cheeseball. Oleh itu,beliau hadir ke pusat internet untuk mendapatkan lebih lagi ilmu tentang keusaahawanan. 

SEBELUM PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PIK

Sebelum beliau terlibat dengan PIK,beliau hanya seorang suri rumah harian biasa. Selepas beliau bersungguh-sungguh untuk melakukan penjualan ayam kepal dan cheeseball  beliau hanya menjual melalui ahli keluarga,rakan-rakan dan jiran terdekat sahaja dan tidak berlaku jualan meluas sehingga ke daerah lain atau kepada orang lain. Oleh itu,beliau bertekad untuk mengunjungi pusat internet bagi meluaskan lagi pasaran perniagaan makanan beliau dengan belajar tentang ilmu usahawan di PIK.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT /  PENGLIBATAN PIK

Selepas menyertai latihan penggunan ICT dan latihan usahwan di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online,tik tok dan instagram bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya,serta memudahkan pemasaran dan aktiviti promosi penjualan makanan sejuk beku beliau. Adanya laman sosial seperti facebook,instagram,tik tok beliau dapat meluaskan pasaran perniagaan beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman serta beliau juga sekarang dapat menubuhkan pasukan sendiri dalam perniaggan online yang diceburi.