| Nama | HAZLINA BINTI MAT HASSAN |
| Umur | : 45 TAHUN |
| Ahli | : 27 DISEMBER 2013 |
LATAR BELAKANG
Beliau seorang kakitangan sektor kerajaan iaitu seorang pustakawan desa di Kg Alur Limbat. Sebelum meluaskan lagi perniagaan beliau dalam menjalankan bisnes suprise delivery beliau hanya menjadikan hobinya itu hanya untuk mengisi masa lapang dan tidak berfikir untuk memasarkan dengan lebih meluas lagi servis suprise delivery yang dijalankan. Sebelum itu,beliau hanya melakukan gubahan bunga secara kecil-kecilan sehingga ke tempahan yang lebih besar,oleh itu beliau bertekad untuk meluaskan lagi servis suprise delivery kerana mempunyai permintaan yang tinggi dari jiran,orang kampung,dan rakan sekerja.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Sebelum beliau terlibat dengan PIK,beliau hanya menjual gubahan suprise deliverynya melalui rakan-rakan terdekat dan keluarga sahaja kerana beliau tidak terdedah dengan kepentingan sosial media seperti facebook,instagram,tik tok dan shopee yang dapat digunakan bagi meluaskan lagi pasaran suprise delivery beliau. Dengan itu,beliau bersungguh-sungguh untuk menyertai aktiviti berkaitan usahawan serta berkaitan ICT di PIK bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan beliau dalam meluaskan bisnes beliau.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Selepas menyertai latihan penggunan ICT dan latihan usahwan di pusat internet komuniti beliau dapat mempelajari pelbagai teknik jualan seperti dapat membuat akaun facebook,shopee,perbankan online,tik tok dan instagram bagi memudahkan proses transaksi perniagaannya,serta memudahkan pemasaran dan aktiviti promosi servis katering beliau. Adanya laman sosial seperti facebook,instagram,tik tok beliau dapat meluaskan servis suprise delivery beliau dan beliau juga dapat menyertai latihan-latihan keusahawanan secara online yang melibatkan motivator perniagaan yang berpengalaman serta beliau juga sekarang dapat menubuhkan pasukan sendiri dalam perniaggan online yang diceburi.
