Nama | :Syahidatul Syaqirah Bt. Mohd Saad |
Umur | :20 tahun |
Ahli | : 30 Mac 2018 |
LATAR BELAKANG |
Syahidatul Syaqirah Mohd Saad berumur 20 tahun merupakan seorang Pelajar IPTA di Politeknik Hulu Terengganu,Kuala Berang dalam Jurusan Diploma Pelancongan yang telah membuat jualan secara offline dan online. Beliau menjual pelbagai produk di atas talian dan juga secara offline di rumah beliau. Antara barangan yang beliau jual adalah produk kosmetik serta preloved pakaian . Akibat Covid 19 yang melanda negara sekarang , dan beliau dikehendaki belajar di rumah ( PdPR) beliau cuba memenuhi ruang dan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta menguntungkan beliau. Jualan secara LIVE di lakukan di Facebook milik beliau amat menggalakkan serta mendapat sambutan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK Sebagai seorang pelajar , kepentingan internet dan penggunaan komputer amatlah dititikberatkan. Namun , kerana kekangan masa dan keadaaan beliau tidak pernah mempunyai kesempatan belajar komputer .Sebelum hadir ke PIK untuk menggunakan komputer , beliau selalu mempunyai masalah dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Beliau juga tidak pernah terpikir untuk menjual diatas talian. |
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK |
Bagaimanapun , selepas beberapa kali hadir dan mendaftar sebagai ahli PIK , beliau mula teruja dengan ilmu Digital ini dan mula menjalankan perniagaan secara online serta offline untuk mencari pendapatan untuk perbelanjaan pengajian beliau.