NAMA : PATIMAH BINTI ISMAIL
UMUR : 43 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI PI1M : 10 / 07 / 2019
EMAIL : patimahismail77@gmail.com
LATAR BELAKANG
Puan Patimah Binti Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan Kaktie merupakan seorang peniaga sayur-sayuran yang mempunyai 6 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Suami beliau merupakan seorang buruh yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yang tetap. Oleh yang demikian , Kaktie bertekad untuk melakukan sesuatu untuk membantu menambah pendapatan suami di samping beliau terikat dengan pelbagai tugasan kerja-kerja di rumah serta menjaga anak-anak di rumah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Pada awalnya, Kakti membuat pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM ) sebagai modal untuk membeli pelbagai barangan jualan termasuk kanopi. Beliau menjual di pasar tani, pasar malam dan dirumah kepada jiran-jiran terdekat juga saudara mara.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PIK
Setelah diperkenalkan dengan pusat internet , Kaktie mula mendapat perancangan serta plan perniagaan yang lebih teratur serta dapat memperluaskan perniagaan kecil beliau. Walaupun tiada premis , beliau mampu bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang juga turut menjual barangan yang sama. Kaktie mula mengikuti kelas-kelas latihan yang di adakan di Pusat Internet untuk mempelajari lagi ilmu keusahawanan.