Nama | : Radhiah binti Ismail |
Umur | : 37 Tahun |
Ahli | : 23 September 2017 |
Latar belakang
Radhiah merupakan seorang suri rumah. Beliau tidak mempunyai pengetahuan asas dalam ilmu ICT dan beliau juga seorang peniaga online tetapi masih lagi belum menguasai teknik-teknik penjualan secara online dengan betul.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Radhiah kurang mahir dalam menggunakan komputer dan disebabkan kekangan masa beliau tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas-kelas ICT yang diadakan di PEDI.Beliau juga tidak mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam memasarkan jualan melalui media sosial dan beliau berhasrat untuk mempelajari teknik yang betul bagi meningkatkan lagi pengetahuannya dalam menguruskan media sosial untuk penjualan dengan betul selain itu dapat memperkenanlkan platform e-dagang yang terkini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Dengan mengikuti kelas yang diadakan radhiah telah mahir menggunakan microsoft word, dan radhiah juga telah mahir dalam melakukan urursan penjualan secara online dengan memperkenalkan platform e-dagang dan media sosial yang betul dalam melakukan proses penjualan secara online. Radhiah amat bersyukur kerana dengan kemudahan internet yang sedia ada radhiah dapat melakukan kerja dengan mudah dan cepat.