Nama | : Qistina Balqis Mohamad Mirza |
Umur | : 14 tahun |
Ahli | : 04 NOV 2016 |
Latar belakang
Qistina Balqis Mohamad Mirza merupakan OKU dan mula mengunjungi Pusat Internet bagi mempelajari dan mendalami ilmu ICT supaya dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam penggunaan komputer. Beliau sangat komited dalam usaha mempelajari cara-cara menggunakan komputer dan perisian asas yang terdapat di dalamnya dengan betul agar ianya dapat diaplikasikan di dalam sesi pembelajaran beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kurang mahir menggunakan perisian-perisian asas komputer seperti Microsoft Office 2010 terutamanya Word, Excel dan PowerPoint dan cara untuk mengaplikasikannya untuk kemudahan urusan pembelajaran terutamanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan Microsoft Office yang dijalankan di Pusat Internet Kg Alur Limbat, beliau semakin mahir dalam menggunakan perisian tersebut dan boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari terutama dalam sesi pembelajaran di peringkat sekolah menengah sebagai pelajar yang berada di aliran Sains Komputer. Beliau juga dapat menjadi seorang yang kreatif dan berdaya saing serta berani mencuba sesuatu yang baharu.